Kelas Advokasi – Keselamatan Komputer
6 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 Julai 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan tajuk Pengawasan Kanak-Kanak Di Dalam Talian bekenaan Keselamatan Komputer. Objektif adalah memantapkan pemahaman peserta tentang Keselamatan Komputer. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Dalam kelas Advokasi ini, peserta dipaparkan slides Powerpoint tentang Keselamatan Komputer. Setelah itu, peserta dikehendaki menyalin beberapa nota penting berkaitan dengan Keselamatan Komputer iaitu Apa yang sepatutnya dilakukan bagi mengawasi Kanak-kanak dalam talian, 4 kepentingan untuk melindungi komputer, 9 jenis insiden komputer yang dilaporkan di Malaysia dan berkenaan dengan Malware. Kemudian sesi soal jawab dalam bentuk Kuiz di antara peserta dan instructor bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Advokasi petang tersebut.
Hasil daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam kelas tersebut. Kami berharap impak dari penerangan terperinci ini dapat membantu peserta-peserta mengingati pentingnya Keselamatan Komputer dengan lebih dalam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: